Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor Sesi Pengajian 2017
Deadline | Ongoing |
---|---|
Organisation Type | Government Agencies |
Fund Type | Education Funds |
Study Local or Abroad? | Local |
Yayasan Selangor membuka tawaran kepada pelajar-pelajar peminjam Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor sedia ada yang tamat pengajian di peringkat Diploma ke Ijazah layak memohon Pinjaman Pelajaran Tambahan Yayasan Selangor bagi sesi Januari 2017 dengan syarat dan kaedah seperti berikut:
Kelayakan pemohon :
- Pemohon merupakan peminjam Pinjaman Pelajaran sedia ada Yayasan Selangor di peringkat Diploma.
- Pemohon mendapat tawaran menyambung pengajian di peringkat Ijazah di IPTA / IPTS tempatan sahaja.
- Tempat terhad, keutamaan kepada pemohon yang mencapai kelulusan akademik yang baik (CGPA 3.0 ke atas).
Cara memohon :
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Tambahan Pelajaran Yayasan Selangor yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang diperlukan dan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor.
- Tempat terhad dan keutamaan diberikan pada pemohon yang menghantar borang permohonan lebih awal (first come first serve).
Tarikh tawaran :-
- Tawaran Pinjaman Pelajaran (Tambahan) ini dibuka mulai 9 Januari 2017 .
Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang hendaklah di alamatkan seperti berikut:-
Pengurus Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7955 1212 samb. 153/188/162
Faks: 03-7954 1862
(Laman Web: http//www.yayasanselangor.org.my)
Sumber : Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor Sesi Pengajian 2017